Pensijilan Kod Amalan Baik MPOB untuk Tapak Semaian Sawit atau dikenali sebagai Pensijilan CoPN merupakan skim pensijilan yang telah diperkenalkan oleh MPOB kepada industri bermula tahun 2009. CoPN dibangunkan khusus untuk perusahaan tapak semaian sawit dengan menyertakan unsur-unsur kualiti, keselamatan makanan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemuliharaan alam sekitar dan kemampanan. Dengan penambahan unsur-unsur tersebut, skim ini menyediakan panduan yang praktikal dalam memastikan operasi harian tapak semaian dapat berjalan lancar dan mengikut keperluan yang minimum.

Tempoh pensijilan CoPN adalah selama tiga (3) tahun bermula daripada tarikh dipersijilkan dengan CoPN.

Permohonan Pensijilan CoPN boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Pensijilan CoPN yang boleh diperolehi di pautan berikut : http://copn.mpob.gov.my/wp-content/uploads/2022/08/Borang-Permohonan-CoP_BM.pdf

Kos pensijilan CoPN adalah merangkumi kos pentadbiran dan kos logistik. Jadual kos audit adalah seperti berikut:

Tarikh penguatkuasaan mandatori pensijilan CoPN berkuatkuasa bermula pada 1 Julai 2022 dan ianya sebagai salah satu syarat lesen di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.

Sekretariat CoPN akan menghantar maklum balas menerusi emel dengan menyertakan nombor rujukan premis, contoh (CoP/NN/XXXX) sekiranya permohonan Pensijilan CoPN lengkap dan telah diproses.

Permohonan Pensijilan CoPN akan ditolak sekiranya borang yang dihantar tidak lengkap dan premis akan dihubungi menerusi panggilan dan emel oleh pihak sekretariat CoPN untuk pemakluman tersebut.

Permohonan Pensijilan CoPN adalah mengikut lesen MPOB. Sekiranya mempunyai tiga lesen, premis perlu membuat tiga permohonan pensijilan CoPN.

Penghantaran sijil CoPN menerusi kurier hanya akan dibuat setelah premis membuat pembayaran inbois yuran CoPN. Inbois yuran CoPN akan dikeluarkan selepas audit CoPN dijalankan. Pembayaran yuran CoPN adalah mengikut audit bermula pada tahun 2022.

Surat amaran akan dikeluarkan oleh MPOB dan sekiranya masih belum mendaftar, kompaun akan dikenakan dan lesen MPOB tidak akan diperbaharui.

Boleh. Penjualan anak benih berumur kurang daripada 10 bulan hanya dibenarkan di antara tapak semaian (NN) ke tapak semaian (NN) yang lain sahaja.

Tidak boleh digunakan. Hanya polibeg bersaiz 6”X9” dan dulang pasu (pot tray) yang bersesuaian boleh digunakan di tapak semaian kecil dan saiz polibeg 12”x15” dan 15”x18” di tapak semaian besar digunakan kecuali untuk tujuan penyelidikan.

Anggaran tempoh untuk mendapatkan sijil CoPN adalah 6-7 bulan tertakluk kepada kesediaan dan maklum balas premis.

30 hari selepas berdaftar

Buku manual CoPN boleh dibeli di PalmShoppe Ibu Pejabat MPOB, Bangi.

Premis boleh mendaftar Kursus Pengurusan Dan Penyelenggaraan Nurseri Sawit di pautan berikut: http://copn.mpob.gov.my/